Rabu, 13 November 2013

PROJECT 5:SENSE OF PLACE: NEIGHBOURHOOD & COMMUNITY


PROJECT 5:SENSE OF PLACE: NEIGHBOURHOOD & COMMUNITY

 

ASSALAMMUALAIKUM…

HAaiii…nak tao projek lima ni macam mana??haaa kali ni memang dalam bidang kos nisah (Perancangan Bandar dan Wilayah),kami diberi beberapa pilihan kawasan perumahan,antanya ialah:


1)       Bayan Residences, Relau, Penang
       2)       Sunway Mutiara, Batu Maung, Penang
   3)       Sunway Bukit Gambier, Penang
 
4)                  Siara 81, Sg. Ara, Penang
      
        5)           Sunway Merica, Sg. Ara, Penang
6)                Setia Greens, Sg. Ara, Penang
 
Nisah pilih yang no 6!!!Setia Greens,Sg Ara,Penang.Kenapa nisah pilih kawasan perumahan ni??

Sebabnya ialah nisah sangat suka suasana kawasan ni,dan nisah rasa ramai yang akan bersetuju dengan citarsa nisah.(sesuka hati jaa kata orang lain pon suka,heee)



Cantik kan???yeaaa sangat cantik,rasa nyaman sangat kat kawasan ni,perrrhhh layan....




 
 
 
Dekat Setia Greens terdapat tempat beriadah,kawasan taman permain dan taman bersenam,jadi petang boleh laa lakukan aktiviti yang menyihatkan badan sambil beramah mesra dengan jiran tetangga ^_*


Haaaa ni tempat penjaga keselaman,bukan senang orang luar nak masuk,mesti ada kelulusan dulu.Hal ini untuk menjamin keselaman penduduk Setia Greens,Nampak tak kamera CCTV tu?haaa kira x sempat pencuri nak masuk dah masuk kamera dah..heeee ^_^

Kemudahan pencawang TNB pon ada,jadi lebih memudahkan pengawalan elektrik.Bukan itu sahaja kemudahan pili bomba pon ada sebagai persediaan ketika berlaku kebakaran.


Kat atas bumbung tu bukan saja-saja letak tau..tu laa pemanas air solar.Semua bilik mandi tingkat atas ada,kecuali bilik mandi tingkat bawah.Pemanas air solar membantu menjimatkan tenaga ^_^

Bukan itu sahaja,RAINWATER HARVESTING pon ada tau..air hujan ini akan disimpan dalam tangki tersembunyi,air ini boleh digunakan untuk menyiram pokok,kolam,nak basuh kereta pon boleh jaa.Secara tidak langsung dapat mengurangkan penggunaan air.



Ok ni lah kolam renang Setia Greens!!(ok nisah tipu),ini merupakan kolam tadahan air hujan,fungsinya untuk mengelakkan banjir ^_^

Setia Greens merupakan kawasan perumahan yang baru,jadi di mana yang perlu di perbaharui?dimana yang perlu di perbaiki??di mana perlu di tambahi??(waahh banyak sungguh persoalan nisah ni,errrr)






Adoi tetiba sakit pulak mata ni,tadi tengok ok jaa...lokasi ni sebelah kawasan taman senaman.Ada wayar disangkutkan di pagar,hai ini boleh mendatangkan bahaya seperti kejutan elektrik,bukan itu sahaja longkang yang tidak di tutup ini telah menyebabkan pencemaran bau yang akan menggangu keselesaan penduduk kawasan perumah berdekatan.

Sistem pewayaran perlu lebih sistematik dan longkang perlu ditutup untuk mengelakkan daripada bau yang tidak menyenangkan ^_^





Kawasan taman permainan ini bersebelahan dengan secondary road,seharusnya perlu di letakkan pagar sebagai pemisah di antara taman permainan dan jalan kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak.Mereka mungkin akan berlari dan bermain di jalan tersebut.


Terdapat banyak lagi yang perlu ditambah seperti bonggol jalan untuk mempelahankan kenderaan,meletakkan tong kitar semula,menambah pondok dan kerusi untuk tempat bersantai,membina kedai runcit dan klinik kesihatan bagi memudahkan lagi penduduk Setia Greens ^_^





 
Semasa proses nak menyiapkan tugasan ni,ALLAH uji sikit.Masa ni demam sesema,haa bila demam sesema mai laa sakit berangkai-rangkai dengan sakit kepala,batuk pastu dapat pulak bonus sakit perot dan muntah-mutah!!memang mengulang ke toilet jaa keja naik lunyai dah..huuuuuu x larat sangat nak buat tugasan tapi gagahkan jugak sebab dah nak kena hantar.

Pusat Sejahtera dekat ja pon,depan Desasiswa Cahaya Gemilang,tapi x mau p sebab rasa macam bazir masa jaa,lebih baik buat keja..

ALHAMDULILAH,tugasa tetap dapat disiapkan tepat pada masanya,tapi nisah dah lupa satu perkara!!!nisah lupa nak tangkap gambar hasil terakhir la pulak!!ruginya sebab nisah rasa nisah buat cantik laa jugak,cantik tera nisah buat laa,,kalau nak banding dengan kawan-kawan yang lain agak jauh beza laa sebab depa kreatif sungguh!!(haiihh tangan cap apa tak tau).Apa-apapun syukur sangat-sangat,TERIMA KASIH YA RABB ^_^


IKLAS dan selalu TERSENYUM

dalam menghadapi hal apa pun

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan