Khamis, 26 Disember 2013

Assalammualaikum.


   Alhamdulilah selesai sem 1 pada tahun 2013 di 'Housing Building and Planning'.Pada mulanya agak terkejut kursus perancangan bandar dan wilanyah yang tidak sama seperti apa yang di sangkakan kerana kursus ini memerlukan pelbagai kemahiran.Kehidupan pelajar "HBP" tidak lari daripada pulang dari studio pada waktu pagi yang di panggil hantu balik pagi.Alhamdulilah lama-kelamaan keseronokkan dapat dirasakan dan segala perjalan projek berjalan lancar.

   Pelbagai projek dilaksanakan bermula dengan melukis,membuat "sculpture",membuat model kerusi,membuat lukisan kejuteraan dan pelbagai lagi.Setiap projek mempunyai pengajaran yang sangat penting dan mendapat pengalaman yang sangat menyeronokkan.

   Kehidupan di studio mewujudkan hubungan saling membantu,bertolak ansur,kejasama dan pelbagai nilai-nilai murni di antara pelajar pelbagai kaum seperti melayu,cina dan india.Kemeriahan dalam menyiapkan tugasan di studio dapat melegakan ketegangan dan keletihan pelajar.Bukan itu sahaja hubungan antara pelajar dan pesyarah sangat erat kerana mempunyai  komunikasi yang baik.

   Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan berasakan sangat beruntung menjadi pelajar "HBP".Pengalaman pada sem 1 sangat berharga dan tidak akan dilupakan.Semoga apa yang dilaksakan sentiasa di berkati Allah s.w.t.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan